KURSUS ASAS PENGURUSAN REKOD TINGKATKAN KEFAHAMAN PENGURUSAN REKOD DALAM ORGANISASI

PANJI, 5 Oktober 2026– Kursus Asas Pengurusan Rekod telah dilaksanakan pada 5 Oktober 2026 bertempat di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Panjisebagai salah satu usaha memperkukuh pengetahuan dan kemahiran warga kerja dalam mengurus rekod organisasi secara sistematik, teratur dan berkesan.

Kursus ini telah menampilkan Puan Sukana binti Suadi, Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan, sebagai penceramah jemputan khas. Beliau telah berkongsi pengetahuan, pengalaman serta panduan berkaitan pengurusan rekod yang betul selaras dengan amalan dan tatacara pengurusan rekod yang ditetapkan.

Antara aspek yang diberikan penekanan termasuklah asas pengurusan rekod, kaedah pengelasan dan penyimpanan rekod, pengurusan rekod aktif dan tidak aktif, pelupusan rekod serta kepentingan pemeliharaan rekod sebagai sumber rujukan dan bukti rasmi sesebuah organisasi.

2 orang wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas iaitu Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan Puan Siti Sharmilie binti Anuar, Pembantu Tadbir.

Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan kesedaran serta kefahaman peserta mengenai kepentingan pengurusan rekod yang cekap, teratur dan sistematik. Pengurusan rekod yang baik bukan sahaja memudahkan urusan pencarian dan rujukan dokumen, malah turut menyumbang kepada tadbir urus organisasi yang lebih cekap, telus dan berintegriti.

Kursus ini juga menjadi platform kepada peserta untuk mendapatkan panduan secara langsung daripada pihak Arkib Negara Malaysia Negeri Kelantan, khususnya dalam memastikan pengurusan rekod di peringkat organisasi dilaksanakan mengikut amalan dan prosedur yang sewajarnya.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan Kursus Asas Pengurusan Rekod ini diharapkan dapat memperkukuh budaya pengurusan rekod yang sistematik serta meningkatkan profesionalisme warga kerja dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search