TOT UJIAN KECERGASAN NASIONAL OKU PERKUKUH PELAKSANAAN MODUL ITALENT

Cheras, 20 September 2026 – Seramai tiga orang wakil daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menyertai Training of Trainers (TOT) Ujian Kecergasan Nasional Orang Kurang Upaya (OKU) yang berlangsung selama tiga hari bermula 17 hingga 19 September 2026 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras.

Program anjuran Cawangan Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negara ini bertujuan memperkukuh kompetensi pegawai dalam pelaksanaan Ujian Kecergasan Nasional OKU berasaskan modul iTalent, di samping menyeragamkan kaedah pelaksanaan ujian di seluruh negara.

JBSN Kelantan telah diwakili oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan JBSNK; Encik Mohamad Fadzil bin Che Daud, Pegawai Penggalakan dan Pembangunan JBSNK; serta Puan Nur Fadhlira binti Dungun, Pegawai Pembangunan Sukan OKU JBSNK.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi ceramah, perkongsian ilmu serta perbincangan berkaitan pelaksanaan Ujian Kecergasan Nasional OKU berasaskan modul iTalent.

Pada sesi akhir program, peserta turut terlibat dalam simulasi pelaksanaan Ujian Kecergasan Nasional OKU yang memberi penekanan kepada tatacara pengendalian setiap komponen ujian, kaedah penilaian serta prosedur pelaksanaan yang betul dan selamat.

Sesi simulasi tersebut memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus secara praktikal, selain meningkatkan kefahaman terhadap peranan serta tanggungjawab sebagai penguji dalam pelaksanaan Ujian Kecergasan Nasionnal OKU.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #HariSukanNegara #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search