- JBS Kelantan
- Hits: 8
KLATE MEGA FUN RUN 2026 SEMARAK SAMBUTAN HARI MALAYSIA
- JBS Kelantan
- Hits: 8
KOTA BHARU, 16 September 2026 – Lebih 4,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan Klate Mega Fun Run 2026 yang berlangsung di Perkarangan AEON Mall Kota Bharu, Lembah Sireh, hari ini sempena Sambutan Hari Malaysia 2026.
Program larian santai sejauh 4.2 kilometer (km) ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan serta Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan, dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Penganjuran Klate Mega Fun Run 2026 bukan sekadar mengetengahkan aspek kecergasan dan gaya hidup aktif, malah menjadi platform untuk menghimpunkan masyarakat dalam suasana santai, meriah dan penuh semangat kekeluargaan serta patriotisme bersempena Hari Malaysia.
Peserta daripada pelbagai peringkat usia mengambil bahagian dalam larian tersebut dengan penuh semangat, sekali gus membuktikan bahawa aktiviti sukan mampu menjadi medium penyatuan masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Selain larian, program turut dimeriahkan dengan persembahan pentas bertemakan patriotik serta reruai jualan dan produk kesihatan yang memberikan pengalaman lebih meriah kepada para peserta dan pengunjung. Antara tarikan utama program ialah cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah kereta Proton Saga, selain pelbagai hadiah menarik yang disediakan kepada peserta.
Klate Mega Fun Run 2026 yang julung kali diadakan ini diharapkan menjadi acara tahunan yang menyemarakkan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat Kelantan, di samping memperkukuh semangat perpaduan dan patriotisme melalui aktiviti yang inklusif serta dekat dengan komuniti.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #HariSukanNegara #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
