- JBS Kelantan
- Hits: 18
KELAS ASAS PENGENALAN SENAMROBIK MERIAHKAN AKTIVITI SUKAN KOMUNITI DI MACHANG
- JBS Kelantan
- Hits: 18
MACHANG, 21 September 2026 – Kelas Asas Pengenalan Senamrobik telah berjaya dilaksanakan pada 12, 18 dan 19 September 2026 bertempat di Dewan Sri Permata, Sekolah Kebangsaan Tok Bok, Machang, melibatkan seramai 35 orang peserta daripada komuniti setempat.
Program ini dilaksanakan menerusi peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) berjumlah RM5,000.00 di bawah Kelulusan DSK Jendela 4 Tahun 2026. Penganjuran kelas ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai aktiviti senamrobik di samping menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan komuniti.
Sepanjang program berlangsung, para peserta diberikan pengenalan dan tunjuk ajar berkaitan asas senamrobik, pergerakan asas serta teknik yang betul dalam melakukan aktiviti fizikal. Program turut berlangsung dalam suasana yang ceria dan mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada komuniti setempat.
Majlis penyampaian sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penyertaan peserta sepanjang program berlangsung.
Penganjuran Kelas Asas Pengenalan Senamrobik ini diharap dapat menjadi platform untuk membudayakan aktiviti sukan dan rekreasi dalam komuniti serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kecergasan fizikal dan gaya hidup sihat.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
