- JBS Kelantan
- Hits: 9
PROGRAM RAKAN MAHIR: SKILL FOR LIFE @ DAERAH MACHANG PERKASA KEMAHIRAN KOMUNITI MELALUI BENGKEL ASAS PEMBUATAN DONUT
- JBS Kelantan
- Hits: 9
MACHANG, 21 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah 9PBSD) Machang telah menganjurkan Program Rakan Mahir: Skill for Life @ Daerah Machang bertemakan Asas Pembuatan Donut pada 19 September 2026 bertempat di Ruang Makan Masjid Mukim Wakaf Bata (Sharifah Rokia), Machang.
Program latihan kemahiran ini telah menghimpunkan seramai 30 orang peserta merangkumi golongan belia dan penduduk setempat. Penganjuran inisiatif ini bertujuan memberikan pendedahan praktikal serta latihan asas keusahawanan dalam bidang pembuatan bakeri bagi membantu memperkasakan ekonomi isi rumah dan komuniti akar umbi.
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan telah disempurnakan oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang.
Penganjuran Program Rakan Mahir: Skill for Life @ Daerah Machang ini diharap dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dengan memperkasa kemahiran praktikal serta membuka ruang kepada peserta untuk mengembangkan kemahiran yang diperoleh dalam kehidupan harian dan bidang keusahawanan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
