KELAB BELIA BANDAR MACHANG DAN SAUDARI WAN NUREEN AISHAH HADIRI MAJLIS PENYERAHAN CEK SAGUHATI APBN 2026

MACHANG, 21 September 2026 – Kelab Belia Bandar Machang bagi kategori Pertubuhan Belia dan Saudari Wan Nureen Aishah binti Wan Yusoff bagi kategori Individu Wanita telah menghadiri Majlis Penyerahan Cek Saguhati APBN 2026 yang berlangsung pada 20 September 2026 bertempat di Bilik Kaca (A), Aras 1, Mabna MBI, Kompleks Kota Darulnaim.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Zamakhshari bin Muhamad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan.

Penyertaan wakil pertubuhan belia dan individu tersebut mencerminkan komitmen berterusan golongan belia dalam menyokong serta menjayakan pelbagai inisiatif pembangunan belia dan kemasyarakatan di negeri Kelantan.
Penyerahan cek saguhati melalui APBN 2026 turut menjadi satu bentuk penghargaan dan sokongan terhadap peranan pertubuhan serta individu belia dalam melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam aspek pembangunan sahsiah, kesukarelawanan, perpaduan dan penglibatan aktif generasi muda.

Diharapkan pengiktirafan dan sokongan yang diberikan dapat terus menyemarakkan usaha golongan belia dalam melaksanakan pelbagai program yang berimpak serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search