- JBS Kelantan
- Hits: 11
KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 11
MACHANG, 21 September 2026 – Seramai 50 orang peserta daripada lima buah sekolah dalam daerah Machang telah menyertai Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Machang 2026 yang berlangsung selama tiga hari, dari 18 hingga 20 September 2026, bertempat di Pusat Latihan Perhutanan Negeri Kelantan.
Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah 9PBSD) Machang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Machang dan Kelab Belia Bandar Machang sebagai salah satu usaha memperkasa golongan belia melalui pengisian program yang bersifat pembangunan sahsiah, kepimpinan, kesukarelawanan dan pembentukan jati diri.
Sepanjang kem ini, para peserta didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang memberi penekanan terhadap aspek kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi, disiplin serta semangat prihatin terhadap masyarakat. Pendekatan secara praktikal dan aktiviti berkumpulan turut memberi peluang kepada peserta untuk membina keyakinan diri serta mengeratkan hubungan sesama peserta daripada sekolah yang berbeza.
Majlis perasmian penutup kem telah disempurnakan oleh Encik Saipudiin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Turut hadir ialah Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, serta Encik Mohd Hazmi bin Ariffin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Machang.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan generasi belia yang berdisiplin, berkeyakinan, mempunyai nilai kepimpinan serta mampu menyumbang secara positif kepada masyarakat dan negara.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
