PELAJAR SM SAINS MACHANG TERIMA TAULIAH ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT GANGSA

MACHANG, 24 September 2026 – Seramai 35 orang pelajar Sekolah Menengah Sains Machang menerima Tauliah Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Gangsa dalam Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Perak dan Gangsa Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 23 September 2026.

Majlis pentauliahan tersebut merupakan satu pengiktirafan kepada golongan remaja yang telah berjaya melengkapkan aktiviti dan cabaran yang ditetapkan menerusi Program ARPRM, khususnya dalam aspek pembangunan diri, khidmat masyarakat, kemahiran serta penglibatan dalam aktiviti fizikal dan rekreasi.

Dalam majlis yang sama, Encik Muhammad Fazli bin Mat Zin, Pemimpin Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Sekolah Menengah Sains Machang, turut menerima Tauliah Anugerah Pemimpin ARPRM sebagai pengiktirafan atas peranan dan komitmen beliau dalam membimbing serta menyokong pelaksanaan program ARPRM di peringkat sekolah.

Turut hadir memberikan sokongan kepada penerima dari daerah Machang ialah Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, serta Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai Pembangunan Rakan Muda Daerah Machang.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa golongan remaja melalui program pembangunan yang membentuk keyakinan diri, kepimpinan, daya tahan, kemahiran insaniah serta semangat kesukarelawanan.

Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 35 orang penerima Anugerah Gangsa serta Encik Muhammad Fazli bin Mat Zin atas pencapaian dan komitmen yang telah ditunjukkan.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search