- JBS Kelantan
- Hits: 18
1,552 PESERTA ARPRM NEGERI KELANTAN LAYAK TERIMA PENTAULIAHAN PINGAT GANGSA DAN PERAK
- JBS Kelantan
- Hits: 18
KOTA BHARU, 23 September 2026 – Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 berlangsung di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, hari ini.
Program berkenaan mencatatkan pencapaian membanggakan dengan seramai 1,878 penyertaan, manakala 1,552 peserta layak menerima sijil pengiktirafan bagi tahap Pingat Gangsa dan Pingat Perak. Daripada jumlah tersebut, seramai 702 peserta hadir bagi menerima pengiktirafan pada majlis ini.
Pelaksanaan ARPRM Negeri Kelantan tahun ini melibatkan penyertaan daripada 25 buah sekolah, dua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) termasuk IKTBN Bachok dan IKBN Tanah Merah.
Program ARPRM memberi penekanan terhadap pembangunan potensi diri golongan remaja melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti meliputi pembangunan diri, kepimpinan, kemahiran, kesukarelawanan dan khidmat kepada masyarakat.
Pelaksanaan program ini turut mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam memperkasa generasi muda agar lebih aktif, berdisiplin, berdaya saing serta mempunyai jati diri yang kukuh.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, YBhg. Puan Hajah Siti Norina binti Muhammad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan dihadiri En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK, En. Wan Rozaimie Wan Mamat, IKTBN Bachok, En. Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda JBSNK selain ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah serta guru pemimpin serta artis yang dibawa oleh Yaya Empire.
Diharapkan pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat kepada para peserta untuk terus aktif menyumbang kepada masyarakat, di samping berusaha melangkah ke tahap pengiktirafan ARPRM yang lebih tinggi pada masa akan datang.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #ARPRM
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
