9 Mei 2026
Dewan Utama IKPK Bukit Sireh, RISDA Negeri Kelantan
KUALA KRAI — Sambutan Hari Belia Negara Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) Peringkat Daerah berlangsung dari 1 hingga 15 Mei 2026, bertujuan meraikan serta memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada belia yang telah aktif menyumbang di peringkat akar umbi.
Sebahagian daripada pengisian utama ialah, penganjuran Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Daerah Kuala Krai 2026 pada 9 Mei lalu dengan penyertaan kira-kira 100 orang belia. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan Zon Kuala Krai dan Machang, ICU JPM Kelantan, En. Roslan Ahmad Tajuddin.
Dalam majlis tersebut Saudara Saudara Amirul Firdaus bin Ahmad Razlan dan saudari Nursarida Anis binti Sa’ari telah di anugerahkan sebagai Ikon Belia Muda Peringkat Daerah Kuala Krai 2026, sementara Majlis Belia Jajahan Kuala Krai, Kelab Rakan Muda Bandar Kuala Krai dan Kelab Beliawanis Halwanis Kuala Krai menerima pengiktirafan sebagai Ikon Persatuan Belia. Anugerah Tokoh Belia Berinspirasi pula diberikan kepada Saudara Muhammad Afiq Aiman bin Mohd Haslam atas sumbangan dalam memperkasa pembangunan belia di daerah ini.
Penganjuran program itu turut melibatkan Kelab Beliawanis Halwanis Kuala Krai sebagai rakan strategik, sekali gus menjadi platform memperkukuh peranan belia sebagai pemangkin pembangunan komuniti serta menyemarakkan semangat kesukarelawanan.
Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda
@taufiqjohari
@mordibimol
@kbsmalaysia
@jbsnegara
@belia.my_
@jbsnkelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 17
