- JBS Kelantan
- Hits: 6
KONTINJEN GUA MUSANG TAMPILKAN SEMANGAT JUANG DALAM KEJOHANAN BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 6
GUA MUSANG, 26 Julai 2026 – Kontinjen Gua Musang telah menyertai Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 yang berlangsung pada 24 Julai 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kejohanan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini menghimpunkan penyertaan pasukan dari setiap daerah di seluruh negeri bagi memperkukuh pembangunan sukan komuniti.
Daerah Gua Musang diwakili oleh dua pasukan, iaitu Gua Musang A dan Gua Musang B. Sepanjang kejohanan berlangsung, kedua-dua pasukan mempamerkan semangat juang dan kerjasama berpasukan yang tinggi dalam menghadapi saingan daripada pasukan-pasukan lain.
Pasukan Gua Musang A berjaya melangkah ke peringkat suku akhir sebelum menamatkan cabaran, manakala Gua Musang B memberikan saingan sengit di peringkat kumpulan namun tidak berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya.
Bagi memastikan perjalanan program serta penglibatan kontinjen Gua Musang berjalan lancar, Encik Muhammad Norfikri bin Norzaki, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang, telah hadir ke lokasi kejohanan untuk melaksanakan pemantauan dan memberikan sokongan kepada para atlet.
Penyertaan dalam kejohanan ini bukan sahaja memberi peluang kepada atlet untuk menimba pengalaman bertanding di peringkat negeri, malah menjadi platform penting dalam meningkatkan prestasi, membina keyakinan diri serta memperkukuhkan semangat kesukanan dalam kalangan belia dan komuniti di Daerah Gua Musang.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
