- JBS Kelantan
- Hits: 7
TANAH MERAH B RAIH TEMPAT KETIGA BERSAMA KEJOHANAN BOLA TAMPAR LSK NEGERI KELANTAN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 7
Tanah Merah, 27 Julai 2026 – Kejohanan Bola Tampar Lelaki sempena Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 25 Julai 2026 (Sabtu) bertempat di Dewan Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Daerah Tanah Merah telah menghantar dua pasukan iaitu Tanah Merah A dan Tanah Merah B bagi mewakili daerah dalam kejohanan yang menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh negeri Kelantan.
Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir. Namun, pertemuan sesama sendiri di peringkat tersebut menyaksikan Tanah Merah B berjaya menewaskan Tanah Merah A sekali gus melangkah ke peringkat separuh akhir.
Dalam aksi separuh akhir yang penuh sengit, Tanah Merah B telah memberikan tentangan hebat sebelum tewas kepada pasukan Pasir Mas B. Walau bagaimanapun, pencapaian mara sehingga ke separuh akhir membolehkan Tanah Merah B muncul sebagai pemenang tempat ketiga bersama. Pasukan tersebut membawa pulang wang tunai RM700.00, medal dan sijil sebagai pengiktirafan atas prestasi cemerlang yang dipamerkan.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat kontinjen Tanah Merah serta membuktikan kesungguhan para pemain dalam mengharumkan nama daerah di peringkat negeri.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan pegawai pasukan atas komitmen, disiplin serta semangat juang yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mempertingkatkan prestasi dan kembali dengan lebih mantap bagi menghadapi Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan pada tahun hadapan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
