- JBS Kelantan
- Hits: 4
KONTINJEN GUA MUSANG SERTAI KEJOHANAN BOLA TAMPAR LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 4
GUA MUSANG, 26 Julai 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 pada 25 Julai 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Kejohanan ini menghimpunkan penyertaan pasukan-pasukan yang mewakili daerah-daerah di seluruh Negeri Kelantan sebagai platform untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam sukan, mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkasa pembangunan sukan komuniti di peringkat negeri.
Daerah Gua Musang telah menghantar dua pasukan bagi menyertai kejohanan tersebut, iaitu Gua Musang A dan Gua Musang B. Pasukan Gua Musang A menamatkan saingan di peringkat kumpulan, manakala Gua Musang B berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada pihak lawan.
Turut hadir membuat pemantauan sepanjang kejohanan ialah Encik Muhammad Norfikri bin Norzaki, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang. Kehadiran beliau bertujuan memantau perjalanan program serta memberi sokongan kepada kontinjen Gua Musang yang bertanding.
Penganjuran kejohanan ini diharapkan dapat terus menjadi medan untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan bola tampar di samping memperkukuhkan budaya hidup sihat, semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Negeri Kelantan.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
