Jom meriahkan suasana penuh aksi dan semangat juang dalam Kejohanan Taekwon-do X Festival Belia sempena Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Kelantan!
Tarikh: 23 Mei 2026 Tempat: Basement, AEON Mall Kota Bharu
Saksikan aksi hebat para atlet Taekwon-do mempamerkan kemahiran, disiplin dan semangat kesukanan dalam pertandingan yang penuh mencabar!
Ayuh datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan untuk memberi sokongan kepada para peserta serta memeriahkan lagi Festival Belia tahun ini!
KOTA BHARU, 22 Mei 2026 – Program Pelancaran Baju Official Mat Moto Day 2.0, Pengumuman Tarikh Rasmi Event Mat Moto Day 2.0 serta sesi penggambaran filem pendek Mat Moto Day 2.0 telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang hadir mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kehadiran beliau menyerlahkan komitmen berterusan pihak JBSNK dalam menyokong pembangunan belia serta komuniti permotoran di negeri Kelantan.
Program anjuran Mat Moto Day 2.0 itu berjaya menghimpunkan ahli-ahli komuniti permotoran, penggiat motosikal serta para jemputan bagi memeriahkan acara yang penuh semangat dan perpaduan. Antara pengisian utama program ialah pelancaran rasmi baju edisi khas Mat Moto Day 2.0, pengumuman tarikh rasmi penganjuran event serta sesi shooting filem pendek sebagai usaha mempromosikan budaya permotoran secara positif dan lebih kreatif. Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperkukuhkan jaringan komuniti serta mempromosikan imej positif anak muda Kelantan di peringkat yang lebih tinggi. Program berakhir dalam suasana meriah dan penuh semangat kebersamaan, selari dengan slogan “Rise As One, Rise As Nation”.
Suasana sorakan membakar semangat di AEON Mall Kota Bharu malam ini menerusi program Battle of Dikir Barat sempena Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Kelantan! Persembahan mantap daripada barisan pendikir dan tukang karut terkenal Kelantan berjaya memukau pengunjung dengan keunikan seni warisan tradisional yang penuh humor, sindiran dan kreativiti Antara gandingan yang mencuri perhatian: Cikgu Sulizi & Fadil Turbo menentang Amran DBA & Ezri Layang Puteh Tok Joro Ramli Raja Laut & Kala Maharaja menentang Tok Joro Rozi Kemang Berduri & Remaja Kok Keli Tumpat
Program ini bukan sekadar hiburan, malah menjadi platform mengangkat warisan seni budaya Kelantan agar terus diminati generasi muda Program tersebut turut dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Yang berusaha KPKPj Azmin bin Yusoff Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan.
Hadir sama Puan Nur Dalila Binti Mohd Khali, Timbalan Pengarah Belia serta Encik Sazli bin Mahmood Ketua Bahagian Rakan Muda dan Puan Nureez binti Mohd Pauzi, CORE Leader Yaya Empire. Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan Sambutan Hari Belia Negara 2026 bertemakan “Menggerak Belia Madani”
Pelbagai aktiviti menarik masih berlangsung!
Jom ramai-ramai terus memeriahkan HBN Kelantan 2026!
KOTA BHARU, 22 Mei 2026 – Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 menerima suntikan semangat dan sokongan padu daripada pihak swasta apabila Yaya Empire tampil sebagai penaja utama bagi penganjuran Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di AEON Mall Kota Bharu.
Penglibatan syarikat tempatan tersebut membuktikan komitmen berterusan sektor swasta dalam menyokong pembangunan belia serta memperkasa pelaksanaan program komuniti dan keusahawanan di negeri Kelantan. Festival yang berlangsung pada 22 hingga 23 Mei 2026 itu menghimpunkan pelbagai pengisian menarik melibatkan golongan belia termasuk pameran agensi, reruai jualan usahawan muda, pertandingan, aktiviti sukan, hiburan, program kesukarelawanan serta pelbagai aktiviti interaktif untuk masyarakat.
Sokongan daripada Yaya Empire turut membantu menyemarakkan lagi sambutan Hari Belia Negara dengan penglibatan aktif pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, NGO, komuniti belia dan usahawan tempatan. Penganjuran festival ini bukan sahaja menjadi platform menghimpunkan belia daripada pelbagai latar belakang, malah memberi peluang kepada mereka mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi diri selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang program diadakan.
22 - 23 Mei 2026 9.00 Pagi - 11.00 Malam Perkarangan Utama, AEON Mall Kota Bharu
Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke pelbagai reruai pameran dan jualan yang menyediakan aneka produk menarik dengan harga berpatutan! Pengunjung boleh mendapatkan: Produk kecantikan dan kesihatan Barangan keperluan harian Karnival Jualan Rahmah Pameran Interaktif Agensi / NGO Pameran Kerjaya & Tvet Produk kreatif dan hasil usahawan belia Pelbagai barangan menarik serta promosi istimewa
Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti santai, hiburan dan program menarik turut berlangsung sepanjang festival bagi memeriahkan suasana buat semua pengunjung!
Ayuh datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan untuk membeli-belah sambil menikmati kemeriahan Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2026!
22 - 23 Mei 2026 10.00 Pagi - 10 Malam Perkarangan Utama, AEON Mall Kota Bharu
Suasana cukup meriah dengan berlangsungnya Program Jualan Rahmah sempena Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2026!
Program ini memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga lebih murah dan berpatutan menerusi inisiatif Rahmah yang dilaksanakan demi membantu meringankan kos sara hidup rakyat
Selain itu, pengunjung yang hadir turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik serta menikmati kemeriahan festival belia yang berlangsung sepanjang program
Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai untuk memanfaatkan tawaran istimewa Jualan Rahmah serta memeriahkan Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2026!
22 Mei 2026 10.00 Pagi Marque Tent, AEON Mall Kota Bharu
Suasana cukup meriah dengan berlangsungnya Pertandingan Barber Battle 2026 sempena Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2026!
Seramai 50 peserta telah menyertai pertandingan ini dengan menampilkan kreativiti, kemahiran dan teknik guntingan terbaik menerusi tema “Fast Fade Freestyle”
Pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat anak muda dalam bidang dandanan rambut, malah turut menyerlahkan industri barber sebagai salah satu cabang kemahiran kreatif dan keusahawanan belia masa kini Orang ramai dijemput hadir memeriahkan festival serta menyaksikan aksi hebat para barber berbakat sepanjang program berlangsung!
Sedang berlangsung Kejohanan Mobile Legends Esport sempena Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 dengan sambutan yang sangat meriah.
Sebanyak 63 pasukan telah merentap dalam kejohanan ini melibatkan penyertaan 378 orang yang tampil dengan strategi dan semangat berpasukan untuk merebut gelaran juara!!
Ayuh teruskan memeriahkan Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2026 dengan pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
Sedang berlangsung Pertandingan Mewarna sempena Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 dengan penyertaan adik-adik cilik yang penuh kreativiti, warna-warni dan semangat ceria! Pertandingan ini melibatkan 3 kategori umur: 4 – 6 Tahun 7 – 9 Tahun 10 – 12 Tahun
Pelbagai hasil karya menarik berjaya dihasilkan oleh para peserta yang begitu berbakat! Terima kasih kepada ibu bapa dan semua yang hadir memeriahkan program ini
Ayuh teruskan memeriahkan Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2026 dengan pelbagai aktiviti menarik menanti anda!