LAWATAN TAPAK PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI (PPO) DAN PROGRAM KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026

MACHANG, 19 Ogos 2026 – Satu lawatan tapak bagi persediaan pelaksanaan Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Daerah Machang 2026 dan Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Machang 2026 telah diadakan pada 11 Ogos 2026 bertempat di Pusat Latihan Perhutanan Negeri Kelantan, Bukit Bakar, Machang.

Lawatan tersebut diketuai oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, bersama Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, serta Cik Wan Nureen Aishah binti Wan Yusoff, Pengerusi Kelab Belia Bandar Machang.

Lawatan tapak ini bertujuan meninjau serta menilai kesesuaian lokasi bagi memastikan aspek kemudahan, keselamatan, pengurusan peserta dan keperluan pelaksanaan program dapat dirancang dengan sebaiknya. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada persediaan teknikal dan logistik bagi memastikan perjalanan kedua-dua program berjalan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Program Pengurusan Organisasi (PPO) dan Kem Belia @ Rakan Prihatin merupakan antara inisiatif yang memberi ruang kepada golongan belia untuk meningkatkan kemahiran pengurusan, kepimpinan, kerjasama berpasukan serta membina jati diri melalui aktiviti yang tersusun dan berimpak.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search