- JBS Kelantan
- Hits: 54
PERBINCANGAN PROGRAM Y2Y PERINGKAT DAERAH TANAH MERAH 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 54
Tanah Merah, 19 Ogos 2026 – Satu sesi perbincangan berkaitan pelaksanaan Program Y2Y (Dari Belia Untuk Belia atau Youth to Youth) Peringkat Daerah Tanah Merah Tahun 2026 telah diadakan pada 18 Ogos 2026 sebagai persediaan awal bagi menjayakan program yang dirancang akan diadakan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang, Kelantan.
Program Y2Y merupakan salah satu inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memberi penekanan kepada intervensi sosial di peringkat komuniti dalam usaha menangani gejala sosial serta membimbing golongan remaja ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri yang lebih positif.
Program ini dirancang untuk memberi ruang kepada golongan belia berkongsi pengalaman, pandangan dan mesej positif kepada rakan sebaya, khususnya dalam meningkatkan kesedaran mengenai kesan serta risiko yang boleh timbul akibat penglibatan dalam masalah sosial, jenayah dan penyalahgunaan dadah.
Sesi perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Encik Ahmad Ridhwan bin Zazani (Pembantu Belia dan Sukan Tanah Merah), Saudara Mohamad Muzammel bin Hamad (Pengerusi Kelab Belia Masjid Al-Mustaqim Alor Pasir) bersama PKK Ahmad Zulkarnain bin Abdul Khalid, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan di bawah Jabatan Penjara Malaysia.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada aspek perancangan, penyelarasan dan pengisian program agar pelaksanaannya dapat mencapai matlamat yang ditetapkan, khususnya dalam memberi kesedaran serta membina kekuatan jati diri dalam kalangan peserta.
Diharapkan Program Y2Y Peringkat Daerah Tanah Merah 2026 yang bakal dilaksanakan ini dapat menjadi platform berkesan dalam menyampaikan mesej pencegahan sosial, membentuk belia yang lebih berdaya tahan serta menggalakkan mereka memilih kehidupan yang sihat, positif dan bebas daripada gejala sosial.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
