- JBS Kelantan
- Hits: 42
LAWATAN TAPAK PROGRAM RAKAN PRIHATIN: MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA (SOSIAL DAN PASCA BENCANA) PERINGKAT DAERAH GUA MUSANG TAHUN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 42
GUA MUSANG, 17 Ogos 2026 – Satu lawatan tapak bagi persediaan pelaksanaan Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda (Sosial dan Pasca Bencana) Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2026 telah diadakan pada 17 Ogos 2026 bertempat di RPS Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan.
Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Shahabuddin bin Haji Deraman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang, bersama dua orang kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang serta pemimpin tempatan.
Lawatan tapak ini bertujuan untuk meninjau keadaan dan kesesuaian lokasi serta mengenal pasti keperluan bagi memastikan pelaksanaan program dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Selain itu, lawatan turut menjadi platform untuk mendapatkan maklumat berkaitan keperluan komuniti setempat serta mengenal pasti bentuk bantuan dan aktiviti kesukarelawanan yang bersesuaian.
Program Rakan Prihatin ini memberi penekanan kepada penglibatan golongan belia sebagai sukarelawan dalam aktiviti berbentuk sosial, kemasyarakatan dan bantuan pasca bencana. Melalui program ini, para belia akan diberi peluang untuk menyumbang tenaga, kemahiran dan masa dalam membantu komuniti yang memerlukan.
Kerjasama erat antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang, pemimpin tempatan serta komuniti setempat diharap dapat memperkukuhkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan Rakan Muda, di samping membentuk generasi belia yang prihatin, bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan masyarakat.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
