KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PASIR MAS 2026 MELABUHKAN TIRAI

PASIR MAS, 15 Ogos 2026 – Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Pasir Mas 2026 melabuhkan tirainya menerusi Majlis Perasmian Penutup yang berlangsung dengan penuh semangat dan kemeriahan melibatkan seramai 50 orang peserta daripada 11 buah sekolah di Daerah Pasir Mas.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh LSr. Nik Ikhwan Haqim bin Datuk LSr. Dr. Haji Hanafi, Pengerusi Majlis Belia Daerah Pasir Mas, yang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program tersebut.

Majlis kemudiannya disempurnakan dengan Ucapan Perasmian Penutup oleh Puan Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah Belia dan Sukan (Belia) Negeri Kelantan.
Turut hadir, Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas.

Kem Belia @ Rakan Prihatin ini menjadi platform penting dalam membentuk generasi belia yang lebih berdaya saing, berdisiplin, prihatin dan mempunyai semangat kerjasama. Penglibatan pelajar daripada 11 buah sekolah turut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa golongan belia di peringkat daerah.

Program diharapkan dapat memberikan pengalaman bermakna kepada para peserta serta menyemai nilai kepimpinan, kesukarelawanan dan keprihatinan dalam diri generasi muda Pasir Mas.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMadani #rakanmuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search