UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN BAGI PENGAMBILAN PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP1 SIRI 2 TAHUN 2026

KOTA BHARU, 17 Ogos 2026 – Sesi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi pengambilan Pembantu Keselamatan Gred KP1 Siri 2 telah berlangsung hari ini di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Pelaksanaan ujian ini melibatkan seramai 10 orang penguji daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang diketuai oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Ujian UKJK ini bertujuan menilai tahap kecergasan fizikal dan keupayaan calon sebagai sebahagian daripada proses pengambilan jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP1 Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan. Pelbagai komponen kecergasan telah dilaksanakan mengikut ketetapan serta prosedur yang ditetapkan bagi memastikan penilaian terhadap calon dapat dijalankan secara sistematik, telus dan profesional.

Sepanjang sesi berlangsung, para penguji dan urus setia memberikan perhatian terhadap aspek keselamatan, pematuhan prosedur serta kelancaran setiap komponen ujian. Komitmen dan kerjasama semua pihak turut memastikan sesi penilaian dapat dilaksanakan dalam suasana yang teratur.

JBSNK terus komited dalam memberikan sokongan kepakaran dan tenaga penguji bagi pelaksanaan ujian kecergasan, selaras dengan usaha memastikan proses pemilihan calon dapat dilaksanakan dengan cekap, berintegriti dan memenuhi standard yang ditetapkan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search