- JBS Kelantan
- Hits: 113
PROGRAM SANTAI AMBANG MERDEKA: MACHE FUN WALK 2026 MERIAHKAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DI MACHANG
- JBS Kelantan
- Hits: 113
MACHANG, 19 Ogos 2026 – Pejabat Tanah dan Jajahan Machang telah menganjurkan Program Santai Ambang Merdeka: Mache Fun Walk 2026 yang berlangsung dengan meriah di Dataran Kemahkotaan Machang pada 13 Ogos 2026.
Program yang diadakan sempena menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan ini bertujuan memupuk semangat patriotisme, mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Machang.
Program telah dirasmikan oleh YABrs. Encik Mohd Zamri bin Ibrahim, Ketua Jajahan Machang, yang turut bersama-sama memeriahkan program bersama warga kerja kerajaan dan masyarakat setempat.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang program, antaranya senamrobik, Mache Fun Walk, pertandingan busana tercantik, pertandingan mewarna kanak-kanak serta gerai-gerai jualan yang memberikan peluang kepada para peserta dan pengunjung untuk menikmati pelbagai juadah serta produk yang disediakan.
Turut memeriahkan program, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang serta Kelab Belia Bandar Machang telah dijemput untuk membuka booth “Mari Mencuba”, yang menawarkan aktiviti interaktif dan santai kepada para pengunjung, khususnya golongan belia dan kanak-kanak.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
