- JBS Kelantan
- Hits: 48
50 PELAJAR PASIR MAS SERTAI KEM BELIA@ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH PASIR MAS 2026
KOTA BHARU, 13 Ogos 2026 – Seramai 50 orang pelajar daripada 11 buah sekolah di Daerah Pasir Mas menyertai KEM BELIA@ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Pasir Mas 2026 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 13 hingga 15 Ogos 2026 di Damai Village Resort, PCB, Kota Bharu, Kelantan.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan Pasir Mas dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas ini bertujuan memberi pendedahan serta membentuk golongan pelajar yang lebih berdaya tahan, prihatin, berdisiplin dan mempunyai semangat kepimpinan melalui pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah dan jati diri.
Sepanjang kem berlangsung, para peserta mengikuti pengisian yang merangkumi Taklimat Sesi Kenal & Pembentukan Kumpulan, Rakan Aktif: Cabaran Sinergi, Rakan Ekspresi: Dari Idea ke Aksi, Kisah Kita, Belia Tolak Ekstremisme (PDRM), Rakan Prihatin: Belia Ambik Peduli (SATRIA) serta sesi LDK dan aktiviti refleksi kendiri.
Turut diadakan sesi Forensik Diri (IPSAK-UPM), aktiviti kerohanian seperti solat berjemaah serta program santai dan interaksi antara peserta bagi mengukuhkan hubungan silaturahim dan semangat kerja berpasukan.
Kem ini diharapkan dapat menjadi platform berkesan dalam melahirkan generasi muda yang bukan sahaja aktif dan berkeyakinan, malah mempunyai nilai kepimpinan, keprihatinan terhadap masyarakat serta mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan belia di Daerah Pasir Mas.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMadani #rakanmuda #beliarakanprihatin #pasirmas
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
- JBS Kelantan
- Hits: 48
