- JBS Kelantan
- Hits: 13
AKTIVITI GAYA HIDUP RAKAN MUDA PERKASA BELIA DI PERINGKAT AKAR UMBI
- JBS Kelantan
- Hits: 13
TANAH MERAH, 02 Ogos 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Bandar Tanah Merah telah berjaya melaksanakan Program Gaya Hidup Kelab Rakan Muda @ Parlimen Tanah Merah 2026 bertempat di Bukit Kluang, Besut, Terengganu.
Program ini telah menghimpunkan seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada ahli Kelab Rakan Muda, peserta ARPRM Daerah Tanah Merah, pegawai serta kakitangan PBSD Tanah Merah. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyebarluaskan aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda (GHRM) di peringkat akar umbi, khususnya di kawasan Parlimen Tanah Merah. Di samping itu, program ini merupakan salah satu inisiatif yang menyumbang kepada kemeriahan pelaksanaan Program Rakan Muda di peringkat negeri dan kebangsaan.
Pelbagai aktiviti berteraskan gaya hidup Rakan Muda, semangat patriotisme dan pemeliharaan alam sekitar telah diadakan sepanjang program, antaranya:
• Aktiviti Hiking – Rakan Aktif
• Aktiviti Agihan Bendera Malaysia – Rakan Demokrasi
• Aktiviti Gotong-Royong Membersihkan Kawasan Pantai – Rakan Bumi
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah. Dalam ucapan perasmiannya, beliau berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkasakan peranan Rakan Muda dalam melahirkan belia yang aktif, berdaya saing, cintakan alam sekitar serta mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
Diharapkan penganjuran program ini dapat mengukuhkan jaringan kerjasama antara agensi dan komuniti setempat, di samping membudayakan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan penyertaan belia dalam aktiviti-aktiviti berimpak tinggi selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
