RAKAN MUDA KUALA KRAI PERKASA KEMAHIRAN, CUNGKIL POTENSI BELIA

Seramai 30 peserta menyertai Program Gaya Hidup Kelab Rakan Muda @ Parlimen Kuala Krai Tahun 2026 yang berlangsung selama dua hari pada 7 dan 8 Ogos 2026 di Houseboat Permata Kenyir 2, Tasik Kenyir, Terengganu.

Program anjuran Kelab Rakan Muda Bandar Kuala Krai dan disokong oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai itu bertujuan mengintegrasikan elemen 10 Gaya Hidup Rakan Muda dalam pelaksanaan program, di samping memperkukuh kemahiran praktikal peserta dalam aspek perancangan program, penyediaan serta pembentangan kertas kerja ringkas dan pengurusan peruntukan kewangan secara cekap.

Pendekatan tersebut memberi ruang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran pengurusan, kepimpinan dan perancangan secara praktikal, sekali gus membentuk belia yang lebih yakin, kompeten dan bersedia menggerakkan aktiviti pembangunan komuniti.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, Puan Rosnani binti Hj. Abdullah Zawawi.

Program berkenaan diharap dapat menjadi platform memperkasa belia melalui pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah serta menggalakkan mereka menerapkan elemen gaya hidup positif dalam kehidupan dan aktiviti kemasyarakatan.

Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda

Taufiq Johari
Mordi Bimol
JBSNegara
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 11-08-2026, 14:53:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search