- JBS Kelantan
- Hits: 8
LARIAN OBOR HARAPAN KESIHATAN MENTAL SEMARAKKAN SEMANGAT KEBERSAMAAN DI GUA MUSANG
- JBS Kelantan
- Hits: 8
GUA MUSANG, 13 Ogos 2026 – Program Jelajah Larian Obor Harapan Kesihatan Mental telah berlangsung dengan penuh semangat dan meriah pada 13 Ogos 2026 bertempat di Perkarangan Bangunan Persekutuan Gua Musang.
Program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Roshdi bin Ismail, Ketua Jajahan Gua Musang, sebagai salah satu usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan dan kesejahteraan kesihatan mental.
Seramai 250 orang peserta daripada pelbagai agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung telah menyertai program ini. Kehadiran peserta daripada pelbagai latar belakang agensi memperlihatkan komitmen serta sokongan bersama dalam memperkukuh kesedaran terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.
Turut mengambil bahagian ialah pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang, yang bersama-sama menyokong serta memeriahkan pelaksanaan program berkenaan.
Jelajah Larian Obor Harapan Kesihatan Mental bukan sahaja menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat, malah membawa mesej penting mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental, membina sokongan sosial dan meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap kesejahteraan emosi.
Penyertaan pelbagai agensi dalam program ini turut mencerminkan semangat kerjasama dan kebersamaan antara agensi kerajaan serta rakan strategik dalam menjayakan agenda kesihatan mental di peringkat daerah.
Program ini diharapkan dapat terus menyemarakkan kesedaran masyarakat bahawa kesihatan mental merupakan aspek penting dalam kehidupan yang perlu diberi perhatian dan dijaga bersama, di samping menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan seimbang.
Bersama-sama kita nyalakan harapan, sebarkan kesedaran dan bina komuniti yang lebih prihatin terhadap kesihatan mental.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
