BINA PEMIMPIN, PERKASA ORGANISASI

TUMPAT, 10 Ogos 2026 – Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Daerah Tumpat telah dilaksanakan pada 6 hingga 8 Ogos 2026 bertempat di Institut Pengurusan Peladang, Panji, Kota Bharu melibatkan peserta seramai 30 orang. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi pemimpin serta penggerak organisasi belia dalam mengurus pertubuhan secara lebih sistematik dan berkesan.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat ini menghimpunkan pemimpin dan penggerak belia melalui pengisian berbentuk ceramah, bengkel, perbincangan kumpulan serta aktiviti interaktif yang memberi penekanan kepada aspek kepimpinan, kemahiran komunikasi, tadbir urus organisasi, pengurusan mesyuarat, dokumentasi, perancangan program, penyediaan kertas kerja dan pengurusan kewangan.

Selain pengisian secara teori, peserta turut diberi peluang menyertai aktiviti berasaskan pengalaman menerusi Modul Kembara PPO dengan bantuan fasilitator-fasilitator yang dilantik untuk menguji keupayaan peserta dalam menyelesaikan tugasan, membuat keputusan, berkomunikasi dan bekerjasama sebagai sebuah pasukan.

Pendekatan tersebut bukan sahaja menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik, malah membantu peserta memahami bahawa pengurusan organisasi yang berkesan memerlukan kepimpinan yang jelas, komunikasi yang baik, perancangan tersusun serta kerjasama kumpulan.

Program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh jaringan dan perkongsian pengalaman antara pemimpin organisasi belia di daerah Tumpat, di samping membincangkan cabaran yang dihadapi dalam mengurus organisasi serta pendekatan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian program kepada komuniti.

Penganjuran program seumpama ini selaras dengan usaha berterusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dalam melahirkan barisan pemimpin belia yang berilmu, berkemahiran, berintegriti dan mempunyai keupayaan menggerakkan organisasi secara mampan.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Puan Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang program dapat diterjemahkan dalam pengurusan organisasi masing-masing serta memberi manfaat kepada pembangunan belia dan komuniti di daerah Tumpat.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search