- JBS Kelantan
- Hits: 8
KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN 2026 SEMARAKKAN JIWA, BENTUK JATI DIRI BELIA GUA MUSANG
- JBS Kelantan
- Hits: 8
GUA MUSANG, 16 Ogos 2026 – Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari, bermula 10 hingga 12 Ogos 2026 bertempat di Atok Campsite, Gua Musang.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan Gua Musang ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah dalam usaha menyantuni serta mendekati golongan belia bersekolah.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Hamzah bin Abdullah, yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Gua Musang. Seramai 48 orang peserta daripada SMK Panggung Jaya dan SMK Sri Wangi, Gua Musang telah menyertai program berkenaan.
Sepanjang tiga hari pelaksanaan, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian yang memberi pendedahan serta pengetahuan berkaitan aspek pembangunan diri, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan belia. Antara agensi yang terlibat dalam pengisian program ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Pejabat Kesihatan.
Selain itu, peserta turut terlibat dalam aktiviti pembangunan jati diri yang bertujuan meningkatkan keyakinan diri, disiplin, semangat kerjasama, kepimpinan serta membentuk keperibadian positif dalam kalangan belia.
Pelaksanaan Program Kem Belia @ Rakan Prihatin ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para peserta melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh, di samping menjadi platform untuk membentuk generasi belia yang lebih berdaya saing, bertanggungjawab dan prihatin terhadap diri, masyarakat serta persekitaran.
Program ini turut mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Belia dan Sukan bersama agensi serta rakan strategik di peringkat daerah dalam memperkukuh pembangunan belia melalui pendekatan yang lebih dekat, inklusif dan berimpak.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
