Pasir Mas, 7 November 2025 – Program Malaysia Aktif@Komuniti Pasir Mas siri ke-12 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, menyaksikan kehadiran lebih 100 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Turut hadir memeriahkan program ialah Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, serta Pembantu Tadbir PBSD Pasir Mas, Puan Siti Shamirlie binti Anua. Kehadiran mereka menyerikan lagi suasana dan memberi sokongan moral kepada para peserta.
Rata-rata peserta menyambut baik penganjuran program ini dan berharap agar ia diteruskan pada masa akan datang. Mereka berpendapat inisiatif sebegini mampu menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat serta mempererat hubungan silaturahim sesama komuniti.
Program ini membuktikan bahawa kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti mampu melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan bersatu padu.
Bachok, 12 November 2025 – Program Senaman Warga Emas Siri 8 Peringkat Daerah Bachok Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan di Klinik Kesihatan Gunung dengan kerjasama penuh Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Gunung baru-baru ini. Program ini merupakan kesinambungan usaha berterusan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas di daerah ini.
Program yang bermula pada jam 8.00 pagi itu menerima penyertaan memberangsangkan daripada warga emas sekitar Daerah Bachok sekali gus menunjukkan komitmen tinggi komuniti terhadap aktiviti kesihatan dan kecergasan. Sesi senaman dipimpin oleh jurulatih bertauliah dan memberi tumpuan kepada gerakan ringan serta latihan regangan yang sesuai dengan keperluan golongan berusia.
Menurut wakil peserta, program ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah menjadi platform penting dalam memperkukuhkan hubungan sosial dalam kalangan warga emas setempat. “Siri ini memberi impak positif dari segi kecergasan dan kesejahteraan mental warga emas. Kami komited untuk meneruskan inisiatif ini secara konsisten sepanjang tahun 2025,” katanya.
Program berakhir dengan sesi penutup ringkas dan jamuan ringan sebagai penghargaan kepada semua peserta dan pihak yang terlibat. Penganjuran Siri 8 ini sekali lagi membuktikan bahawa program berbentuk kesihatan dan komuniti mampu meningkatkan kualiti hidup warga emas di Daerah Bachok.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Rakan Muda belia.my
Disediakan Oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
Bachok, 12 November 2025 – Program Senaman Warga Emas Siri 8 Peringkat Daerah Bachok Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan di Klinik Kesihatan Gunung dengan kerjasama penuh Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Gunung baru-baru ini. Program ini merupakan kesinambungan usaha berterusan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas di daerah ini.
Program yang bermula pada jam 8.00 pagi itu menerima penyertaan memberangsangkan daripada warga emas sekitar Daerah Bachok sekali gus menunjukkan komitmen tinggi komuniti terhadap aktiviti kesihatan dan kecergasan. Sesi senaman dipimpin oleh jurulatih bertauliah dan memberi tumpuan kepada gerakan ringan serta latihan regangan yang sesuai dengan keperluan golongan berusia.
Menurut wakil peserta, program ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah menjadi platform penting dalam memperkukuhkan hubungan sosial dalam kalangan warga emas setempat. “Siri ini memberi impak positif dari segi kecergasan dan kesejahteraan mental warga emas. Kami komited untuk meneruskan inisiatif ini secara konsisten sepanjang tahun 2025,” katanya.
Program berakhir dengan sesi penutup ringkas dan jamuan ringan sebagai penghargaan kepada semua peserta dan pihak yang terlibat. Penganjuran Siri 8 ini sekali lagi membuktikan bahawa program berbentuk kesihatan dan komuniti mampu meningkatkan kualiti hidup warga emas di Daerah Bachok.
Port Dickson, 28 November 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negara telah menganjurkan Program Pengukuhan Organisasi JBSN 2025 pada 26 hingga 28 November 2025 bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini merupakan inisiatif strategik bagi memperkukuh hala tuju organisasi serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat secara holistik.
Program ini telah menghimpunkan pegawai pengurusan tertinggi JBSN serta wakil-wakil Jabatan Belia dan Sukan dari seluruh negara. Antara yang turut hadir mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ialah YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK dan Pn. Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah (Belia) JBSNK. YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria juga telah mewakili Tuan Pengarah JBSNK dalam Mesyuarat Pengarah-Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara yang berlangsung sempena program tersebut.
Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk membincangkan dasar, pelan tindakan dan penambahbaikan program-program belia dan sukan di peringkat nasional. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Puan Azura binti Abidin yang menekankan komitmen JBSN dalam memastikan setiap perkhidmatan dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
KOTA BHARU, 26 November 2025 – Program-program berbentuk kemahiran pada masa kini sangat menjadi tumpuan belia-belia terutamat untuk meningkatkan ilmu asas mahupun peluang kerjaya dalam sesebuah bidang Kemahiran. Justeru itu, projek rintis dibawah pelaksanaan program Y-Hub telah mengadakan Program Y-Hub 2025: Bengkel Baikpulih Penyaman Udara bagi memberi peluang kepada belia-belia setempat mempelajari ilmu asas baikpulih penyaman udara.
Bengkel Baikpulih Penyaman Udara ini telah berlangsung pada 18 November 2025 bertempat di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Seramai 46 orang peserta telah menyertai program tersebut yang rata-rata hadir dari seluruh pelusuk daerah di negeri Kelantan.
Program ini berlangsung selama sehari dimana ianya mendapat kerjasama yang padu dari pihak Acson Malaysia, negeri Kelantan. Tenaga-tenaga pengajar iniu merupakan pengajar yang bertauliah dari pihak Acson Malaysia. Program ini diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada pihak Acson Malaysia yang disampaikan oleh Puan Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Kota Bharu, 27 November 2025– Bengkel Pemerkasaan Pemimpin dan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Kelantan 2025 Siri 1 Dan Siri 2 telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan pemimpin, penyelaras daerah, dan mentor program dari seluruh negeri. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman, kompetensi, dan penyelarasan pelaksanaan ARPRM di peringkat lapangan.
Bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSN Kelantan) turut mendapat sokongan strategik daripada Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia Cawangan Bachok (MAYC Bachok), sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama serta perkongsian kepakaran antara agensi dan badan belia.
Pengisian utama bengkel telah disampaikan oleh Dr. Yasmin binti Yaacob, Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal ARPRM. Beliau memberikan penerangan terperinci mengenai modul pelaksanaan, piawaian penilaian, pemantauan peserta, dokumentasi program serta tatacara operasi standard untuk Tahap Gangsa, Perak, dan Emas. Penyampaian yang komprehensif dan interaktif ini membantu peserta memahami keperluan sebenar pelaksanaan ARPRM secara tersusun dan berimpak.
Selain itu, sesi perbincangan dan soal jawab membuka ruang kepada peserta untuk berkongsi cabaran, amalan terbaik, dan cadangan penambahbaikan bagi memantapkan pelaksanaan ARPRM di peringkat daerah masing-masing.
Majlis penyampaian sijil kepada peserta bengkel telah disempurnakan oleh Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda, JBSN Kelantan. Penyampaian sijil ini merupakan simbol penghargaan terhadap komitmen semua peserta dalam memperkasa program pembangunan belia negeri.
Dengan sokongan JBSN Kelantan, kerjasama MAYC Bachok, dan perkongsian ilmu oleh barisan pakar seperti Dr. Yasmin, bengkel ini diyakini mampu meningkatkan mutu pelaksanaan ARPRM serta melahirkan lebih ramai belia berpotensi tinggi di Negeri Kelantan.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KOTA BHARU, 26 November 2025 – Red Warriors Squash Club (RedWar) telah menganjurkan Kejohanan RedWar Rising Star 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula 14 hingga 15 November di Gelanggang Skuasy MSSK, Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Zainab, Kota Bharu.
Kejohanan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pemain skuasy di Kelantan, khususnya golongan remaja, untuk menyertai pertandingan di peringkat lebih tinggi. Melalui penganjuran ini, para pemain berpeluang merasai suasana pertandingan sebenar sebagai persediaan sebelum mereka mewakili Kelantan ke kejohanan luar negeri pada masa akan datang.
Majlis Perasmian Kejohanan RedWar Rising Star 2025 telah disempurnakan oleh En. Wan Mohd Erffan bin Wan Nasir, mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memastikan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan lancar.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah dijadualkan berlangsung pada 15 November 2025 (Sabtu), jam 12.30 tengah hari, sejurus tamat perlawanan akhir kategori lelaki. Penganjuran RedWar Rising Star 2025 dijangka dapat memupuk semangat kesukanan dalam kalangan peserta serta menggalakkan lebih ramai pemain muda menyertai arena skuasy, sekali gus mengukuhkan pembangunan bakat sukan negeri Kelantan.
Disediakan Oleh:- Urus Setia Portal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
KUALA KRAI – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai (PBSDKK) telah mengadakan perbincangan aktiviti serta meninjau lokasi bagi pelaksanaan Projek Riben Kuning Rakan Prihatin Insan Madani.
Projek Riben Kuning ini mensasarkan golongan belia berisiko dan bekas banduan dengan matlamat utama memberikan peluang kedua untuk memulakan hidup baharu. Program ini secara komprehensif memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi melalui penyediaan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran, di samping pembangunan diri untuk membina semula keyakinan diri dan kemahiran sosial. Lebih penting, inisiatif ini bertujuan menghapus stigma masyarakat agar golongan ini dapat diterima kembali sebagai ahli masyarakat yang produktif.
Program penting ini adalah hasil kerjasama strategik JBSNK dan PBSDKK bersama Jabatan Penjara Negeri Kelantan serta Kelab Rakan Muda Bandar Kuala Krai, dengan sokongan penuh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Chuchoh Puteri. Program ini dijadualkan berlangsung pada 29 November 2025 bertempat di Chuchoh Puteri B.
Tinjauan lokasi pelaksanaan program di Chuchoh Puteri B tersebut telah dihadiri oleh Puan Nur Dalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah (Belia) JBSNK, bersama Puan Rosnani binti Hj Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai, serta wakil daripada Jabatan Penjara Negeri Kelantan dan Pengerusi Kelab Rukun Tetangga Chuchoh Puteri, bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar.
Disediakan oleh : Urus setia portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
PASIR PUTEH, 22 November 2025— Program Kod Sukan Selamat Siri 1 peringkat Negeri Kelantan berjaya dilaksanakan hari ini bertempat di Dewan D'Rhu Rehlah, Semerak Pasir Puteh dengan penyertaan lebih 100 peserta yang terdiri daripada jurulatih, penggiat sukan serta wakil pertubuhan sukan berkaitan.
Taklimat program telah disampaikan oleh YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang menekankan kepentingan mengaplikasikan Kod Sukan Selamat dalam semua penganjuran aktiviti sukan bagi memastikan persekitaran yang bebas daripada salah laku, gangguan, dan sebarang bentuk ancaman keselamatan.
Dalam sesi taklimat tersebut, beliau menegaskan bahawa pelaksanaan Kod Sukan Selamat merupakan langkah penting untuk membina ekosistem sukan yang lebih profesional, selamat dan inklusif di negeri ini. Para peserta turut didedahkan dengan garis panduan, prosedur pelaporan insiden, serta peranan organisasi sukan dalam memastikan pematuhan kod keselamatan.
Program ini turut merangkumi sesi perkongsian interaktif dan modul latihan ringkas, memberi peluang kepada peserta untuk memahami dengan lebih mendalam kaedah pengendalian risiko serta tanggungjawab mereka dalam melindungi atlet dan individu terlibat.
Penganjuran siri pertama ini diharap menjadi pemangkin kepada pengukuhan budaya sukan yang lebih berintegriti serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan dalam komuniti sukan Kelantan.