LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026 MERIAH, KOTA BHARU A MUNCUL JOHAN ACARA BOLA JARING

KOTA BHARU, 24 Julai 2026 – Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 bagi acara bola jaring telah berlangsung dengan jayanya hari ini di Dewan Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Panji, menghimpunkan sebanyak 20 pasukan yang terdiri daripada johan dan naib johan peringkat daerah dari seluruh negeri Kelantan.

Majlis dimulakan dengan gimik perasmian menerusi lontaran jaringan bola oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan sebagai simbolik pembukaan kejohanan.
Sepanjang pertandingan berlangsung, setiap pasukan mempamerkan semangat kesukanan, disiplin serta komitmen yang tinggi dalam usaha merebut gelaran juara negeri. Kejohanan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh pembangunan sukan komuniti di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta dari pelbagai daerah.

Majlis penyampaian hadiah turut disempurnakan oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria. Pasukan Kota Bharu A dinobatkan sebagai Johan dan membawa pulang wang tunai RM2,000, medal serta cek cura. Naib Johan disandang oleh Kota Bharu B yang menerima wang tunai RM1,000, medal dan cek cura. Tempat Ketiga Bersama pula menjadi milik Tumpat A dan Bachok B, dengan setiap pasukan menerima wang tunai RM700, medal serta cek cura sebagai penghargaan atas pencapaian mereka.
Turut hadir memeriahkan kejohanan ialah Pegawai-Pegawai Belia dan Sukan Daerah yang sentiasa memberikan sokongan terhadap usaha memperkasakan pembangunan sukan komuniti di negeri Kelantan.

Penganjuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 ini diharapkan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat baharu, menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan serta membudayakan gaya hidup aktif dan sihat selaras dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif #LigaSukanKomuniti2026

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 17:22:08

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search