MACHANG B JOHAN ACARA FUTSAL LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

KOTA BHARU, 25 Julai 2026 – Tirai Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 bagi acara futsal melabuhkan tirainya dengan menyaksikan pasukan Machang B dinobatkan sebagai johan selepas mempamerkan aksi yang cemerlang dan konsisten sepanjang kejohanan.

Sebagai johan, Machang B membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000, medal, sijil penyertaan serta cek cura. Pasukan Kota Bharu A muncul sebagai naib johan dengan menerima wang tunai RM1,500, medal, sijil penyertaan dan cek cura.
Tempat ketiga bersama pula menjadi milik pasukan Tumpat A dan Gua Musang A. Kedua-dua pasukan masing-masing menerima wang tunai RM700, medal, sijil penyertaan serta cek cura.

Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, bersama Pegawai-Pegawai Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Penganjuran Liga Sukan Komuniti ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat dalam kalangan komuniti, malah berperanan sebagai platform memperkukuh semangat kesukanan, mengeratkan hubungan silaturahim serta mencungkil bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian dan menjayakan kejohanan ini dengan penuh semangat kesukanan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search