- JBS Kelantan
- Hits: 8
PASIR PUTEH A UNGGUL JUARAI ACARA BOLA TAMPAR LELAKI LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 8
KOTA BHARU, 25 Julai 2026 – Kejohanan Bola Tampar Lelaki sempena Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Dewan Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Panji, melibatkan penyertaan pasukan-pasukan terbaik yang mewakili daerah masing-masing.
Sepanjang kejohanan berlangsung, setiap pasukan mempamerkan aksi bertenaga, semangat juang yang tinggi serta komitmen yang membanggakan dalam merebut gelaran juara. Pertandingan ini bukan sahaja menyemarakkan budaya hidup aktif, malah menjadi medan terbaik dalam memperkukuhkan semangat perpaduan dan kesukanan dalam kalangan komuniti.
Pasukan Pasir Puteh A berjaya menjuarai kejohanan selepas menampilkan persembahan yang konsisten dan cemerlang. Sebagai juara, pasukan tersebut membawa pulang wang tunai RM2,000, medal, sijil penghargaan serta cek cura. Pasir Mas B muncul sebagai naib johan dengan menerima wang tunai RM1,500, medal, sijil dan cek cura. Tempat ketiga bersama pula dimenangi oleh Kuala Krai A dan Tanah Merah B, dengan setiap pasukan menerima wang tunai RM700, medal, sijil serta cek cura.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Hadir sama ialah En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Pegawai-Pegawai Belia dan Sukan Daerah.
Penganjuran Liga Sukan Komuniti ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam memperluaskan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan, di samping menyediakan platform bagi mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini juga diharap dapat terus menyemarakkan budaya bersukan serta memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
