JELI, 10 Mei 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli telah mengadakan kunjung hormat kepad YABrs En Wan Fahazil bin Wan Mohamad Jaffar, Ketua Jajahan Jeli pada 10 Mei 2026. Perjumpaan tersebut telah di ketuai oleh YBrs En Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli yang baharu, ini adalah kunjung hormat pertama beliau setelah melaporkan diri ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli pada 1 April 2026.
YABrs Tuan Ketua Jajahan mengalu-alukan kehadiran Pegawai dan Kakitangan PBSD Jeli yang hadir dan berharap hubungan baik antara Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli dengan Jabatan dan Agensi di Daerah Jeli ini akan berterusan demi kemajuan masyarakat setempat di samping dapat membantu menaikkan taraf sosio ekonomi dan minda penduduknya.
Di hujung kunjung hormatnya tersebut YABrs Tuan Ketua Jajahan sempat menyampaikan cenderahati kepada PBSD Jeli sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan.
Turut hadir YBrs En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan YBrs En Mohamad bin Daud Sukan, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
JELI 04 Mei 2026- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli menerima kunjung hormat oleh rombongan belia dari Kg Sg Satan, Jeli pada 4 Mei 2026, kehadiran yang diketuai oleh En mod Rizalman bin Ramli, beliau telah disambut mesra oleh YBrs En Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli dan kakitangan.
Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan panduan untuk mendaftarkan Persatuan Belia dan Persatuan Sukan di Kg Sg Satan secara sah.
Dalam perjumpaan tersebut YBrs. En. Supian bin Hassan (Penolong Pegawai Belia dan Sukan) mengalu-alukan kehadiran En Rizalman dan rombongan di samping memberikan kata-kata semangat serta panduan lengkap perkara yang wajib disediakan sebelum menghantar permohonan menubuhkan Persatuan Belia kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Persatuan Sukan ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
En Rizalman mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan PBSD Jeli yang sudi menerima kunjungan dan memberikan bimbingan yang sangat berguna untuk Persatuan berkenaan. Adalah menjadi harapan semoga tertubuhnya Persatuan ini akan memberi sedikit sebanyak rangsangan untuk belia-belia yang lain di daerah ini untuk menubuhkan Persatuan atau Kelab Belia.
Di sediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
JELI, 30 APRIL 2026- Kelab Rakan Muda Bandar Jeli telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Pertemuan Muhibah sesama ahli pada 28 April 2026 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dengan kehadiran 20 orang termasuk Ahli Jawatankuasa Kelab dan Ahli biasa.
Tujuan pertemuan tersebut diadakan adalah untuk mencari titik tolak bagi mengukuhkan lagi Kelab dan menyemarakkan lagi aktiviti Rakan Muda di Daerah Jeli ini.
Turut hadir YBrs En Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli yang telah memberikan kata-kata semangat dan suntikan motivasi kepada Kelab berkenaan agar lebih aktif dan sedaya upaya memberi impak yang tinggi kepada pembangunan anak muda di daerah ini berpandukan Perlembagaan Kelab selaras dengan Dasar Belia Negara.
YBrs. En Danish Haikal bin Amri selaku Pengerusi Kelab yang baru mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli dan kakitangan yang telah memberikan kerjasama penuh dengan membenarkan ruang Pejabat digunakan untuk pertemuan yang julung-julung kali di adakan ini dan ianya menjadi pembakar semangat kepada semua Ahli Jawatankuasa dan Ahli Kelab untuk sama-sama mengembeling tenaga bagi memajukan Kelab agar setanding dengan daerah-daerah lain.
Beliau juga menyeru agar semua Ahli Kelab dapat memberikan sumbangan idea yang bernas, tenaga dan masa bagi mewujudkan sebuah Kelab yang berdaya saing dan maju seiring dengan perubahan zaman.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
JELI, 30 April 2026- Sesi Penilian calon Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan Kategori Individu telah berlangsung pada 26 hingga 27 April 2026 bertempat di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberi sumbangan besar terhadap pembangunan belia diperingkat akar umbi. Antara objektif utama APBN adalah bagi menggalakkan penglibatan belia dalam kerja-kerja sukarelawan diperingkat komuniti setempat.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli telah menghantar dua orang calon, seorang calon untuk Kategori Individu Lelaki dan seorang calon untuk Individu Wanita. Kategori Individu Lelaki diwakili oleh En. Mohamad Adam Haiman bin Ruslan, manakala Kategori Individu Wanita diwakili oleh Cik Nur Izyan binti Ihsan Ramadhan. Pemilihan calon-calon adalah berdasarkan pengalaman, kepimpinan dan sumbangan terhadap komuniti setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada kedua-dua individu berkenaan yang telah terpilih menjadi calon mewakili Daerah Jeli dalam APBN Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 dan mendoakan kesemua calon akan menempa kejayaan dalam Anugerah tersebut yang akan dinobatkan pada bulan Mei 2026 nanti.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
JELI, 30 April 2026- Kelab Aerobik Bukit Jering telah mengadakan Program Shutle Smach Badminton pada 24 April 2026. Seramai 56 orang peserta telah menyertai program tersebut bertempat di RNR Kuala Balah, Jeli. Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk untuk menarik minat beliawanis menyertai dan mendaftar sebagai ahli Kelab, disamping dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal peserta serta mencungkil bakat baru dalam sukan Badminton.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli mewakili YBrs Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli. Turut hadir YBrs En Mohamad bin Daud, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli dan YBrs Puan Siti Nur Hanani binti Husin selaku Pengerusi Kelab.
En Supian juga turut menyampaikan Cek Dana Sukan Komuniti RM 4,000.00 kepada Kelab berkenaan. Adalah menjadi harapan agar persatuan atau kelab sukan yang lain di Daerah Jeli ini akan terus hidup, aktif dan berdaya saing.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
Bachok, 2 Mei 2026 – Kejohanan Bola Tampar Wanita Tertutup Pachok sempena Piala Pusingan Wanita MADANI 2026 yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kala telah berlangsung dengan penuh semangat dan meriah pada semalam. Kejohanan ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam sukan, menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, serta memperkukuhkan semangat komuniti melalui penglibatan dalam aktiviti sukan.
Selain itu, kejohanan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat baru dalam sukan bola tampar wanita dan membuka peluang untuk pengembangan karier sukan. Program ini disokong oleh Dana Sukan Komuniti yang bertujuan untuk memajukan aktiviti sukan di peringkat akar umbi. Acara ini diserikan dengan penyampaian hadiah kepada peserta dan penyerahan cek sumbangan dana berjumlah RM7,000 kepada pihak penganjur, yang disempurnakan oleh En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Dalam majlis tersebut, beliau juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini. Turut hadir, Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, yang memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran kejohanan ini. “Kami berharap kejohanan seperti ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan, bukan sahaja untuk memperlihatkan bakat, tetapi juga sebagai medium untuk menggalakkan lebih ramai wanita aktif dalam bidang sukan,” kata En. Mohd Saipuddin. Kejohanan ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat yang turut hadir memberi sokongan kepada para peserta yang bertanding.
Machang, 2 Mei 2026 – Kelab Belia Bandar Machang sekali lagi membuktikan komitmen dalam pembangunan belia apabila berjaya menganjurkan Kejohanan Paintball Terbuka Kelantan dan Jemputan Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Qelate Paintball Field, Kubang Kerian.
Kejohanan yang dikenali sebagai “ED Store Rookie Cup 5v5” ini telah menarik penyertaan meluas termasuk pasukan dari luar negeri. Sebanyak dua (2) pasukan dari Terengganu dan dua (2) pasukan dari Kuala Lumpur telah mengambil bahagian, sekali gus memeriahkan lagi kejohanan yang menghimpunkan pemain-pemain paintball berbakat dari seluruh negara.
Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, memperkukuhkan hubungan antara negeri serta menggalakkan penyertaan golongan belia dalam aktiviti sukan berprestasi tinggi. Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan paintball serta meningkatkan daya saing atlet di peringkat kebangsaan.
Kejohanan ini turut mendapat sokongan melalui Dana Sukan Komuniti, yang membantu memastikan kelancaran penganjuran serta membuka lebih banyak peluang penyertaan kepada golongan belia setempat. Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah En. Wan Mohd Erffan bin Wan Nasir, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, yang memberikan sokongan terhadap penganjuran program ini.
Dalam ucapannya, beliau menyeru agar lebih ramai golongan belia menyahut cabaran untuk menceburi sukan lasak seperti paintball yang bukan sahaja mencabar fizikal, malah mampu membentuk disiplin, keberanian dan semangat berpasukan. Kejohanan ini turut dimeriahkan dengan tajaan daripada Yaya Empire serta sokongan daripada ED Store yang memainkan peranan penting dalam menjayakan penganjuran acara ini.
Menurut saudara Encik Mohd Ni'am bin Mohd Zulhari, Pengerusi Kelab Bandar Machang program ini juga membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat serta membantu memperkenalkan negeri Kelantan kepada peserta dan pengunjung dari luar, sekali gus merancakkan sektor pelancongan dan keusahawanan tempatan. Menurutnya juga, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan menunjukkan minat yang semakin meningkat terhadap sukan paintball dalam kalangan belia. Mereka berharap kejohanan seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan lebih ramai atlet berpotensi serta mengharumkan nama negeri di persada lebih tinggi.
Majlis penutup kejohanan menyaksikan penyampaian hadiah kepada pasukan-pasukan yang berjaya, sekali gus menutup tirai program dengan penuh semangat kesukanan, perpaduan dan profesionalisme.
KOTA BHARU, 2 Mei 2026 – Program The Biggest Loser Peringkat Negeri Kelantan secara rasminya membuka tirai hari ini dalam satu majlis penuh meriah yang berlangsung di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, En. Mohd Saipuddin bin Zakaria. Hadir sama memeriahkan program ialah En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Negeri Kelantan serta Dr. Rohana binti Ab Rahman, Pegawai Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Program yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat ini dimulakan dengan sesi timbangan awal pada hari ini, 2 Mei 2026, manakala sesi timbangan akhir dijadualkan berlangsung pada 5 September 2026. Sebanyak 252 orang telah menyertai program ini dan sepanjang tempoh empat bulan pelaksanaan, para peserta akan mengikuti sebanyak 16 sesi bimbingan yang merangkumi pelbagai aktiviti termasuk latihan kecergasan fizikal serta sesi bimbingan secara maya.
Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai pameran kesihatan dan gaya hidup sihat daripada agensi kerajaan dan pihak swasta seperti Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Majlis Sukan Negeri, Herbalife, Nutriland, iMedikel Pharmacy, Poliklinik Maya dan Extra Joss. Pameran ini memberi peluang kepada peserta dan pengunjung mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat berkaitan kesihatan, pemakanan dan kecergasan.
Penganjuran program ini diharap dapat menjadi platform terbaik dalam membudayakan amalan hidup sihat, seterusnya membantu mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan rakyat Kelantan.
Kejohanan Ping Pong Bergu Novis dan Beginner Tertutup dan Jemputan Kuala Krai 2026 telah berlangsung dengan jayanya serta mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta tempatan dan jemputan.
Kejohanan ini merupakan anjuran Kelab Ping Pong Gu Krey dengan pelaksanaan menggunakan peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Penganjuran yang bertujuan menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti sukan yang sihat dan kompetitif.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Azam Wahidi, Pegawai Pembangunan Sukan Daerah Kuala Krai, kepada para pemenang sebagai penghargaan atas pencapaian mereka.