MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT DAERAH GUA MUSANG TAHUN 2026

GUA MUSANG, 16 Julai 2026 – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2026 telah berjaya diadakan pada 15 Jun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama KESEDAR, Gua Musang.
Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan Gua Musang. Penganjuran MPBN bertujuan menjadi platform perundingan antara kerajaan dan pertubuhan belia bagi membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan belia, di samping memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik dalam merangka hala tuju pembangunan belia di peringkat daerah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Roshdi bin Ismail, Ketua Jajahan Gua Musang merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Gua Musang. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyeru agar semua pihak terus memainkan peranan secara aktif dalam memperkasa agenda pembangunan belia melalui kerjasama yang erat serta penyampaian pandangan yang membina.

Program ini telah disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada wakil pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan belia di Daerah Gua Musang. Sepanjang persidangan berlangsung, sebanyak tujuh (7) usul telah dibentangkan dan dibahaskan oleh para peserta. Perbahasan tersebut memberi ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan cadangan serta pandangan dalam usaha memperkasakan pembangunan belia dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program belia di peringkat daerah.

Penganjuran MPBN Peringkat Daerah Gua Musang Tahun 2026 diharapkan dapat memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama antara agensi kerajaan dan pertubuhan belia, di samping memastikan setiap usul dan cadangan yang dibahaskan dapat dipertimbangkan untuk tindakan serta pelaksanaan yang memberi manfaat kepada pembangunan belia di Daerah Gua Musang.

Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search