PASUKAN BOLA JARING DAN FUTSAL PASIR MAS BERIKAN SAINGAN SENGIT DI LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

KOTA BHARU, 25 Julai 2026 – Pasukan Bola Jaring dan Futsal Pasir Mas telah memberikan saingan sengit dalam Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 25 Julai 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Kejohanan yang mempertandingkan tiga acara sukan, iaitu Bola Jaring, Bola Tampar dan Futsal, menyaksikan penyertaan 20 pasukan bagi setiap acara yang terdiri daripada pasukan Johan dan Naib Johan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah masing-masing.

Acara Bola Jaring telah berlangsung pada 24 Julai 2026, manakala acara Bola Tampar dan Futsal berlangsung pada 25 Julai 2026.

Dalam saingan Bola Jaring Wanita, Pasir Mas A berjaya melangkah ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada lawan, manakala Pasir Mas B terpaksa menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Nasib yang sama turut menimpa pasukan Futsal Lelaki apabila Pasir Mas A berjaya mara ke peringkat suku akhir sebelum tewas, manakala Pasir Mas B menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Walaupun gagal meneruskan misi kejuaraan, keempat-empat pasukan Pasir Mas telah mempamerkan semangat juang, komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan.

Penyertaan dalam kejohanan ini diharapkan dapat menjadi pengalaman berharga kepada para pemain untuk terus mempertingkatkan prestasi dan kembali lebih kuat dalam saingan Liga Sukan Komuniti pada masa akan datang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMadani #rakanmuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search