- JBS Kelantan
- Hits: 10
PROGRAM SKRIN BESAR PERLAWANAN AKHIR PIALA DUNIA FIFA 2026 MERIAHKAN DATARAN TITIWANGSA
- JBS Kelantan
- Hits: 10
GUA MUSANG, 20 Julai 2026 – Program Skrin Besar Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2026 yang dianjurkan oleh Sukarelawan Teraju Muda dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Julai 2026 di Dataran Titiwangsa, Bandar Baru Gua Musang.
Program yang berjaya menghimpunkan kira-kira 300 orang pengunjung itu bertujuan menyediakan ruang kepada masyarakat setempat, khususnya golongan belia, untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 dalam suasana yang meriah, selamat dan penuh semangat kesukanan.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Shahabuddin bin Haji Deraman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang yang turut meluangkan masa beramah mesra bersama para pengunjung serta menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut. Beliau berharap penganjuran seumpama ini dapat terus mengukuhkan semangat perpaduan dan mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti sihat dan berfaedah.
Selain tayangan secara langsung perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan bagi memeriahkan program, antaranya Mini Penalti Shoot Out yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta serta cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada para pengunjung.
Penganjuran program ini bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana kebersamaan dalam kalangan komuniti, malah turut menjadi platform kepada belia untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang positif dan mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang bersama Sukarelawan Teraju Muda berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha memperkasakan pembangunan belia serta memupuk semangat perpaduan dan kesukarelawanan dalam kalangan.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
