- JBS Kelantan
- Hits: 8
LAWATAN TAPAK UNTUK PROGRAM BENGKEL AI (SUMBER PENDAPATAN DENGAN AI) DI KOLEJ KOMUNITI JELI
- JBS Kelantan
- Hits: 8
JELI, 20 Julai 2026, JELI, –Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli telah mengadakan lawatan tapak ke Kolej Komuniti Jeli sebagai persediaan pelaksanaan
Bengkel AI (Sumber Pendapatan Dengan AI) Peringkat Daerah Jeli 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 9 September 2026. Lawatan ini bertujuan meneliti keperluan logistik, kemudahan serta penyelarasan program bagi memastikan penganjuran berjalan lancar.
Lawatan tersebut diketuai oleh YBrs. En. Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli. Turut hadir ialah YBrs. Puan Anum Bazilah binti Md Khairulnawar, Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni, serta YBrs. En. Mohd Dahlan Anu bin Md Yusof, Ketua Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Jeli.
Antara perkara yang dibincangkan ialah penetapan lokasi program, kemudahan yang disediakan, penyelarasan modul pembelajaran, atur cara majlis perasmian serta aspek teknikal pelaksanaan bengkel yang akan melibatkan seramai 40 orang peserta.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai medium menjana pendapatan, di samping meningkatkan kemahiran menghasilkan kandungan digital, penulisan, reka bentuk visual dan strategi pemasaran menggunakan pelbagai platform digital. Program ini juga diharap dapat membantu peserta meningkatkan produktiviti serta memanfaatkan AI dalam pengurusan perniagaan dan kerjaya.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli berharap bengkel ini akan memberi manfaat kepada peserta serta menyokong usaha memperkasakan kemahiran digital dan keusahawanan dalam kalangan belia sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my
