BELIA PRIHATIN, ALAM TERPELIHARA! YOUTH RESCUE CHALLENGE SEMARAKKAN SEMANGAT SUKARELAWAN

TUMPAT, 21 Julai 2026 – Program Youth Rescue Challenge & Eco-Volunteerism Peringkat Daerah Tumpat yang berlangsung pada 18 Julai 2026 bertempat di Pulau Sri Tanjung telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan yang menggalakkkan dari golongan belia bertujuan memperkukuh semangat kesukarelawanan dan meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

Program Teraju Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat ini melibatkan aktiviti pemeliharaan eksplorasi alam sekitar, gotong-royong dan pembersihan kawasan awam. Selain memberi pengalaman kepada peserta, program ini turut memupuk nilai kepimpinan, disiplin, kerja berpasukan, komunikasi berkesan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan belia.

Penganjuran program ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam melahirkan generasi belia yang prihatin, berdaya saing dan bersedia menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui aktiviti kesukarelawanan dan pemuliharaan alam sekitar.

Program seumpama ini juga melengkapi usaha berterusan Kementerian Belia dan Sukan dalam memperkasakan budaya sukarelawan dan program pembangunan komuniti.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta di atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.Turut hadir ke program ini ialah Puan Mimi Marini binti Mahmood, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Tumpat, Encik Afzar Rahman bin Azeezur Rahman , Teraju Muda ParlimenTumpat, Encik Anuar bin Azmin, Pengerusi Majlis Belia Daerah Tumpat, Encik Muhamad Fikri bin Hassan, Pengerusi Kelab Rakan Muda Bandar Tumpat dan Penghulu Pulau Sri Tanjung.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search