- JBS Kelantan
- Hits: 9
SEMINAR BELIA MADANI DAERAH JELI DAPAT SAMBUTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 9
JELI, 23 Julai 2026 – Program Seminar Belia MADANI Peringkat Daerah Jeli yang telah berlangsung pada 21 Julai 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas, Jeli berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 220 orang peserta, sekali gus mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada golongan belia.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli menerusi inisiatif Teraju Muda ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, membentuk generasi muda yang berintegriti serta berakhlak mulia, di samping memberi inspirasi melalui perkongsian pengalaman tokoh belia dan memupuk kepimpinan dalam kalangan peserta sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.
Sepanjang seminar berlangsung, para peserta telah mengikuti sesi ceramah dan perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jeli serta Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Kelantan. Pengisian tersebut memberi pendedahan berkaitan isu penyalahgunaan dadah, gejala sosial dalam kalangan remaja serta pemahaman mengenai isu-isu kenegaraan yang relevan dengan perkembangan semasa negara.
Penganjuran program ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang memberi penekanan kepada pembentukan generasi belia yang berilmu, berdaya saing, berintegriti, prihatin serta mempunyai semangat patriotisme yang tinggi demi kesejahteraan negara.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. En. Nor Hisyam bin Awang Noh, Pengetua SMK Ayer Lanas. Turut hadir ialah YBrs. En. Mazlan bin Ismail, Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Ayer Lanas; YBrs. En. Nurazri bin Arifin, Pengerusi Pertubuhan Cendekiawan Anak Kelantan; YBrs. Izzat bin Hanuzi, Pengerusi Pertubuhan Prihatin Suara Anak Kelantan; YBrs. En. Mohd Zaidi bin A. Mohidu; serta YBrs. En. Muhammad Hanif Fitri bin Muhd Sawadi, Teraju Muda Parlimen Jeli.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi, penceramah, rakan strategik dan peserta yang telah memberikan komitmen serta kerjasama sepanjang program berlangsung. Diharapkan seminar seumpama ini akan terus menjadi platform yang berkesan dalam membentuk belia yang berkualiti, berdaya tahan dan mampu menjadi pemimpin berwibawa pada masa hadapan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my
