- JBS Kelantan
- Hits: 13
PASIR MAS B RANGKUL NAIB JOHAN BOLA TAMPAR LELAKI LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 13
KOTA BHARU, 25 JULAI 2026 – Pasukan Pasir Mas B mencipta pencapaian membanggakan apabila berjaya muncul Naib Johan dalam acara Bola Tampar Lelaki, Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung di Dewan Terbuka Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Kejohanan yang disertai 20 pasukan daripada 10 daerah seluruh Kelantan itu menyaksikan Pasir Mas B terpaksa akur kepada Pasir Puteh B dalam aksi final.
Pasir Mas B membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, medal serta sijil, manakala Pasir Puteh B dinobatkan sebagai Johan dan menerima hadiah wang tunai RM2,000, medal serta sijil.
Sementara itu, Kuala Krai A dan Tanah Merah B berkongsi tempat Ketiga Bersama, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM700, medal serta sijil.
Dalam perkembangan sama, Pasukan Bola Tampar Pasir Mas A terpaksa akur apabila tewas di peringkat kumpulan.
Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Encik Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, diiringi Encik Hazri Nizam bin Zakaria.
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Pasir Mas B atas pencapaian membanggakan ini!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMadani #rakanmuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
