- JBS Kelantan
- Hits: 23
PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 23
MACHANG, 6 JULAI 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Machang serta Majlis Belia Daerah (MBD) Machang telah menganjurkan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Machang 2026 pada 1 Julai 2026 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 2, Pejabat Tanah dan Jajahan Machang ini dan telah dipengerusikan oleh YABrs. Tuan Mohd Zamri bin Ibrahim, Ketua Jajahan Machang.
Platform MPBN ini berfungsi sebagai medan rasmi buat para penggerak dan wakil pertubuhan belia di sekitar daerah Machang untuk menyuarakan pandangan, membahaskan isu-isu semasa, serta mengemukakan usul-usul membina demi pembangunan sosioekonomi, modal insan dan kebajikan belia setempat.
Sinergi mantap antara PBSD Machang, PTJ Machang, serta MBD Machang ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pelapis kepimpinan yang berwibawa, sekali gus memacu daerah Machang ke arah landasan yang lebih dinamik dan progresif.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
