TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA BERLANGSUNG DI SMK JELI

JELI, 23 Julai 2026 – Seramai 52 orang pelajar telah menyertai Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang diadakan pada 22 Julai 2026 di Dewan Utama, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh YBrs. En. Mohd Zaidi bin A. Mohidu, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli, bagi memberi penerangan kepada bakal peserta mengenai kaedah pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bagi Tahap Gangsa untuk sesi 2026/2027.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai objektif, syarat penyertaan serta komponen utama yang perlu disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan program. Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda merupakan satu platform pembangunan belia yang menekankan pembentukan sahsiah, kepimpinan, disiplin serta semangat kesukarelawanan dalam kalangan remaja.

Sepanjang program, para peserta telah diberikan penerangan mengenai empat komponen utama yang perlu dilaksanakan, iaitu Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak. Kesemua komponen ini dirangka bagi melahirkan remaja yang seimbang dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial, selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara.

Turut hadir dalam sesi taklimat tersebut ialah YBrs. Puan Fazuliana binti Yusuf, Pengetua SMK Jeli, yang menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan program ini sebagai medium untuk membentuk pelajar yang berdaya saing, berdisiplin dan memiliki jati diri yang tinggi.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli berharap penyertaan para pelajar dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda bagi sesi 2026/2027 akan memberi pengalaman yang bermakna serta menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi belia yang aktif, berintegriti dan bersedia menyumbang kepada masyarakat serta negara.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search