- JBS Kelantan
- Hits: 14
KURSUS PEMBINAAN PASUKAN SIRI 1 TAHUN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 14
MACHANG, 26 Julai 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang mengucapkan tahniah kepada Encik Zaharuddiian bin Zainal, staf PBSD Machang, atas penyertaan beliau dalam Kursus Pembinaan Pasukan Siri 1 Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 18 hingga 21 Julai 2026 di Kompleks Rakan Muda (KRM), Kampar, Perak.
Kursus ini telah dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan), Port Dickson dengan objektif memperkukuh kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan serta pembangunan sahsiah dalam kalangan warga Kementerian Belia dan Sukan.
Sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul berbentuk teori dan praktikal yang memberi penekanan kepada pembinaan pasukan berprestasi tinggi, penyelesaian masalah secara kolaboratif, pengukuhan disiplin serta peningkatan keupayaan kepimpinan dalam organisasi.
Penyertaan Encik Zaharuddiian bin Zainal mencerminkan komitmen PBSD Machang dalam memastikan setiap warga kerja sentiasa meningkatkan kompetensi, pengetahuan dan kemahiran selaras dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan untuk melahirkan penjawat awam yang profesional, berintegriti dan berprestasi tinggi.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
