- JBS Kelantan
- Hits: 17
DUA PASUKAN BOLA TAMPAR LELAKI DAERAH MACHANG KE LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 17
MACHANG, 26 Julai 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang telah menghantar dua pasukan bola tampar lelaki bagi mewakili daerah Machang dalam Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung pada 25 Julai 2026 di Dewan Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PBSD Machang dalam memperkasakan pembangunan sukan komuniti serta memberi peluang kepada atlet daerah untuk mengasah bakat, meningkatkan prestasi dan bersaing secara sihat di peringkat negeri.
Turut hadir memberikan sokongan kepada pasukan Machang ialah Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, serta Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai Pembangunan Sukan Daerah. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen PBSD Machang dalam menyokong pembangunan atlet dan memperkukuh budaya sukan dalam kalangan masyarakat.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
