PENYERTAAN DUA PASUKAN FUTSAL DAERAH MACHANG KE LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

MACHANG, 26 Julai 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang telah menghantar dua pasukan futsal bagi mewakili daerah Machang ke Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung pada 25 Julai 2026 di Dewan Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Dalam kejohanan tersebut, Pasukan Machang B berjaya mencipta kejayaan membanggakan apabila muncul Johan selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang pertandingan. Sementara itu, Pasukan Machang A memberikan saingan yang baik namun menamatkan cabaran di peringkat kumpulan.

Turut hadir memberikan sokongan kepada kontinjen Machang ialah Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, serta Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai Pembangunan Sukan Daerah. Kehadiran mereka menjadi suntikan semangat kepada para pemain sepanjang kejohanan berlangsung.

PBSD Machang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Machang B atas kejayaan merangkul kejuaraan dan penghargaan kepada semua atlet, jurulatih serta pegawai yang telah memberikan komitmen sepanjang program. Diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan futsal dan sukan komuniti di daerah Machang serta memberi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk terus aktif dalam bidang sukan.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 17:22:08

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search