- JBS Kelantan
- Hits: 14
DUA PASUKAN BOLA JARING DAERAH MACHANG KE LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 14
MACHANG, 26 Julai 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang telah menghantar dua pasukan bola jaring bagi mewakili Daerah Machang ke Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung pada 24 Julai 2026 di Dewan Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Penyertaan dua pasukan ini mencerminkan komitmen berterusan PBSD Machang dalam memperkasakan pembangunan sukan komuniti serta menyediakan platform kepada atlet tempatan untuk mengembangkan bakat dan meningkatkan prestasi di peringkat negeri.
Turut hadir memberikan sokongan kepada pasukan Machang ialah Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, serta Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai Pembangunan Sukan Daerah. Kehadiran mereka menjadi suntikan semangat kepada para pemain yang beraksi mewakili daerah.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
