- JBS Kelantan
- Hits: 18
LAWATAN SEBELUM PELAKSANAAN PROJEK PENTERNAKAN IKAN AGROBELIA LESTARI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 18
MACHANG, 26 Julai 2026 – Satu lawatan tapak telah diadakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Pejabat Perikanan Daerah Machang dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang di Kampung Joh, Machang pada 19 Julai 2026 sebagai persediaan sebelum pelaksanaan Projek Penternakan Ikan di bawah Program AGROBELIA LESTARI Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026.
Projek yang akan dilaksanakan oleh Kelab Belia Bandar Machang ini merupakan hasil kejayaan kelab memperoleh sokongan pembiayaan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) selepas berjaya melepasi Fasa Kedua (Sesi Pitching) yang telah diadakan pada 15 Jun 2026.
Lawatan ini bertujuan meninjau kesesuaian lokasi projek, menyelaras keperluan teknikal serta memastikan segala persiapan berada pada tahap terbaik sebelum projek dimulakan. Inisiatif ini diharapkan dapat memperkasakan penglibatan belia dalam bidang agropreneur, khususnya sektor akuakultur, sekali gus membuka peluang menjana pendapatan dan meningkatkan keterlibatan belia dalam aktiviti pertanian moden.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
