SENAM CERGAS DAN SESI BIMBINGAN KECERGASAN (SESI 13) PROGRAM THE BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

KOTA BHARU, 25 Julai 2026 – Semangat dan komitmen peserta terus terserlah menerusi Senam Cergas dan Sesi Bimbingan Kecergasan (Sesi 13) sempena Program The Biggest Loser Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Panji.

Program yang menjadi platform membudayakan gaya hidup aktif dan sihat ini menyaksikan para peserta mengikuti pelbagai aktiviti senaman serta latihan kecergasan secara bersemangat di bawah bimbingan jurulatih yang berpengalaman. Setiap latihan yang dijalankan bukan sahaja memberi fokus kepada peningkatan kecergasan fizikal, malah turut membina disiplin, daya tahan dan motivasi peserta dalam usaha mencapai sasaran penurunan berat badan secara sihat dan berterusan.

Kehadiran En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, turut menyerikan program. Beliau meluangkan masa menyantuni para peserta serta memberikan kata-kata semangat agar mereka terus istiqamah mengamalkan gaya hidup sihat sebagai satu amalan yang berkekalan.

Program The Biggest Loser Peringkat Negeri Kelantan 2026 merupakan antara inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam memperkasakan budaya hidup cergas serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan melalui aktiviti fizikal yang konsisten.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif #TheBiggestLoser

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search