BELIA CELIK DIGITAL DAN BERJIWA USAHAWAN

TUMPAT, 4 Ogos 2026 – Program Gaya Hidup @ Kelab Rakan Muda Parlimen Tumpat pada 31 Julai 2026 bertempat di Min House Camp, Kota Bharu telah dilaksanakan bagi memperkasakan ahli Kelab Rakan Muda di peringkat Parlimen dengan kemahiran perancangan program, pengurusan kewangan dan kepimpinan.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat bersama Kelab Rakan Muda Parlimen Tumpat ini menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang. Penganjuran program ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai Rakan Niaga dan Rakan Digital yang merangkumi Pengenalan Canva dan AI untuk Pemasaran. Penceramah jemputan bagi bengkel ini ialah Nurul Nadiah binti Mat Zin atau lebih dikenali sebagai ‘Ticer Yuyue’.

Program ini juga menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jaringan antara belia di peringkat komuniti. Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, program ini menyokong usaha memperkasa pembangunan belia.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan oleh Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat kepada semua peserta.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search