- JBS Kelantan
- Hits: 45
AMANAH DIPIKUL, KELANTAN DIJULANG:ENCIK ISMAFARDI PIMPIN SKUAD SKUASY KE SUKMA XXII SELANGOR 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 45
Tanah Merah, 19 Ogos 2026 – Encik Ismafardi bin Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah, turut diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus Pasukan Skuad Skuasy Negeri Kelantan pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 yang berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026.
Penyertaan beliau sebagai pengurus pasukan merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar dalam memastikan kelancaran pengurusan serta kebajikan atlet skuasy negeri Kelantan sepanjang temasya berlangsung.
Pada edisi ke-22 ini, skuad skuasy Negeri Kelantan tampil dengan barisan atlet yang bersemangat tinggi, berkeyakinan serta bersedia memberikan saingan terbaik dalam menghadapi cabaran di pentas SUKMA.
Sebagai pengurus pasukan, Encik Ismafardi memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan, semangat dan motivasi kepada para atlet, selain memastikan persiapan pasukan berada pada tahap terbaik sepanjang kejohanan.
Seluruh warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada Encik Ismafardi serta seluruh skuad skuasy Negeri Kelantan. Semoga para atlet dapat memberikan persembahan terbaik, berjuang dengan penuh semangat kesukanan dan seterusnya membawa cabaran serta mengharumkan nama Negeri Kelantan di pentas SUKMA XXII Selangor 2026.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
