PROGRAM JELAJAH LARIAN OBOR HARAPAN KESIHATAN MENTAL NEGERI KELANTAN PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026

MACHANG, 19 Ogos 2026 – Program Jelajah Larian Obor Harapan Kesihatan Mental Negeri Kelantan Peringkat Daerah Machang 2026 telah berlangsung pada 30 Julai 2026 bertempat di Padang Bersebelahan Klinik Kesihatan Kampung Joh, Machang.

Program ini merupakan salah satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kesihatan mental, di samping menyemarakkan semangat kebersamaan dan sokongan komuniti dalam mewujudkan masyarakat yang prihatin terhadap kesejahteraan mental.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Siti Aisyah binti Zakaria, Pegawai Kesihatan Daerah Machang. Kehadiran beliau turut menyerlahkan komitmen pihak kesihatan dalam memperkukuh usaha promosi dan advokasi kesihatan mental di peringkat komuniti.

Turut hadir ialah Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah, yang mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang. Penglibatan pelbagai agensi dalam program ini mencerminkan kerjasama erat dalam menjayakan agenda kesihatan mental serta menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search