- JBS Kelantan
- Hits: 7
SIRI KETIGA NATIONAL CHAMPIONSHIP SERIES PICKLEBALL NEGERI KELANTAN MERIAHKAN AEON MALL KOTA BHARU
- JBS Kelantan
- Hits: 7
KOTA BHARU, 17 Ogos 2026 – Siri Ketiga National Championship Series (NCS) Pickleball Negeri Kelantan telah berlangsung dengan meriah di 91 Pickleball Clubhouse, AEON Mall Kota Bharu, pada 15 Ogos 2026 dengan penyertaan sebanyak 96 pasangan pemain yang terdiri daripada pelbagai kategori. Kejohanan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat dan kemeriahan itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan serta komuniti pickleball.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr. Hafidzah binti Mustakim, ADUN Kota Lama, bersama En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Kejohanan ini turut menawarkan hadiah wang tunai yang menarik bagi kategori Novice dan Intermediate. Bagi kategori Novice yang merangkumi acara Lelaki, Wanita dan Campuran, juara menerima hadiah sebanyak RM2,000, naib juara RM1,000, manakala tempat ketiga menerima RM500. Sementara itu, bagi kategori Intermediate Lelaki dan Campuran, juara membawa pulang hadiah sebanyak RM3,000, diikuti naib juara sebanyak RM1,300 dan tempat ketiga sebanyak RM700.
Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform kepada pemain untuk menguji kemahiran masing-masing, malah turut memainkan peranan dalam memperkenalkan serta mempromosikan sukan pickleball kepada masyarakat, khususnya golongan belia. Perkembangan sukan pickleball yang semakin mendapat perhatian masyarakat dilihat mampu menjadi salah satu medium baharu dalam memperkasakan budaya bersukan di negeri Kelantan.
Penganjuran Siri Ketiga NCS Pickleball Negeri Kelantan turut mencerminkan usaha berterusan dalam memperluaskan akses masyarakat kepada aktiviti sukan, di samping mengeratkan hubungan antara pemain, komuniti dan peminat sukan pickleball.
Diharapkan penganjuran kejohanan seperti ini dapat diteruskan dan diperkasakan pada masa akan datang bagi memperkukuh komuniti pickleball, mencungkil bakat baharu serta membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat, khususnya golongan belia, untuk menceburi dan mengembangkan potensi dalam sukan pickleball.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
